Program Pecutan Akhir Pra Universiti sedang berlangsung dari 13 - 17 Mei 2013 yang merupakan aktiviti ulangkaji berfokus mengikut subjek iaitu satu atau dua subjek sahaja setiap hari. Pecutan akhir ini bermula pada masa persekolahan seperti biasa iaitu 6.50 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Adalah diharapkan aktiviti ini dapat membantu pelajar dalam Peperiksaan Semester 2 STPM pada 27 dan 28 Mei ini.